KEJAYAAN itu bukanlah kunci KEBAHAGIAAN.
KEBAHAGIAAN
itu adalah kunci KEJAYAAN.
Jika kita SUKA apa yang kita BUAT,
INSYALLAH, kita akan BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.

Sunday, October 12, 2014

Tak apa lah...sakit pinggang aje....

Assalamualaikum,

Salam sejahtera semuanya. Dah dekat seminggu tak post apa-apa ni..tak boleh jadi…kena post jugak.

Sebenarnya banyak perkara yang ingin saya postkan dalam blog ini tetapi satu isu ini memang saya perlu sangat sentuh kerana ianya memang dekat sangat dengan hati saya dan saya sendiri rasa amat bersalah sekali…

“Tak apa lah”….

Ini adalah perkataan yang selalu jugak keluar dari mulut saya terutamanya jika saya hendak mencari alasan tetapi tak jumpa, jadi cakap ajelah “Tak apa lah”. Kekadang tu kita rasa selamat lepas cakap macam tu pasal kita ingat macam ‘case-closed’ so tak payah nak cakap apa-apa lagi.

Tetapi kita hanya menyedapkan hati sendiri tanpa menyedari sikap “Tak apa lah” ini mendatangkan akibat yang mungkin amat besar kepada orang lain. Kita ‘take things for granted’ apabila kita cakap “Tak apa lah”.

“Tak apa lah, mak sakit pinggang aje..”

Apa yang hendak saya ceritakan di sini adalah pengalaman diri sendiri yang ingin saya kongsikan dengan orang lain dengan harapan ianya dapat menafaat kepada orang lain.

Emak saya mula menghadapi penyakit sakit pinggang dalam empat tahun lepas. Dia selalu mengadu yang pinggang dia sakit dan mintak tolong sapu minyak urut dan tolong urutkan pinggang dia. Saya selalunya hanya ikut aje apa yang dia hendak tanpa banyak bersoal-jawab.

Emak ada pergi berjumpa dengan doktor mengenai sakit ini hampir setiap dua bulan sekali. Selalunya saya hanya hantar dia ke kelinik dan dia sendiri akan pergi jumpa doktor sementara saya tunggu di luar bilik doktor sahaja.

“Tak apa lah”, bukan sakit apa pun..sakit pinggang aje..doktor bagi ubat tahan sakit, then okay lah tu. Itu adalah pemikiran saya pada masa itu. Saya ‘take things for granted’ atas kesakitan emak saya sendiri. Saya tidak ada lakukan ikhtiar lain untuk menyelesaikan penyakit sakit pinggang emak. 


Punca sakit pinggang emak

Apabila saya bertanya kepada doktor apa yang menyebabkan sakit pinggang emak, jawapan yang diterima adalah

1) faktor usia dan disk antara tulang dah haus

2) berat badan emak yang perlu dikurangkan kerana tulang tidak kuat lagi menampung berat badan

3) mungkin semasa emak muda banyak melakukan kerja berat-berat

Rawatan

Bertahun emak menderita sakit pinggang dan sakit hanya boleh dikurangkan dengan mengambil pil tahan sakit atau kekadang tu kena pergi kelinik untuk inject dengan steriod untuk tahan sakit. Saya masih lagi dengan sikap “Tak apa lah”, sakit pinggang aje. “Tak apa lah” doktor mesti tau apa yang dia orang buat dan dah bagi ubat yang terbaik untuk mak.  Apa nama ubat-ubat yang doktor beri untuk sakit pinggang mak pun saya tak tahu namanya..teruk betul anak dia ni….


Mak operate pinggang

Dua tahun lepas, doktor nasihat emak buat operation untuk menyelesaikan masalah sakit pinggang emak. Emak tidak ada pilihan lain walaupun cuak jugak dia nak operate. Doktor masukkan satu set besi untuk memegang tulang belakang emak supaya ianya tidak bergesel kerana disk sudah haus.

Dekat dua bulan jugak mak hanya baring dan duduk sahaja selepas operation. Masa ini saya rasa kesian sangat dekat emak kerana terpaksa melalui pembedahan dan selepas itu beberapa sesi physioterapi untuk membolehkan dia berjalan semula.

Alhamdulillah, selepas beberapa bulan operate, emak dah boleh berjalan dan pinggang dia tidak sakit lagi sehinggalah hari ini.

Sesalan tiada berguna

Semasa emak saya melalui proses sakit pinggang, saya tidak ada langsung mengambil initiatif untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit sakit pinggang dia. “Tak apalah, sakit pinggang aje”. Tak ada initiatif untuk cari rawatan alternatif untuk beliau. “Tak apalah, doktor dah beri rawatan yang terbaik”. Biawak “Tak apalah” dalam diri memang bermaharajalela waktu itu.

Yang paling sadis sekali adalah, saya TAHU Shaklee ada set supplemen untuk orang yang mengalami sakit pinggang iaitu Advance Joint Health Tablet (AJHT), OmegaGuard dan OsteMatrix, TETAPI, hati saya tidak terbuka untuk memberikan supplemen ini kepada emak saya.

“Kamu sayang emak kamu tak”.
“Sayang”.
“Habis tu kenapa tak belikan dia set supplemen Shaklee tu”.

“Kamu tahu yang supplemen Shaklee tu bagus untuk penyakit pinggang emak kamu kan dan dah banyak testimoni pasal ini”.
“Tahu”.
“Habis tu kenapa tak beri, apa yang ditunggu lagi”.


Lidah jadi kelu, tak boleh nak jawap….sampai saat ini pun saya masih tidak boleh menjawap soalan KENAPA ini….

Pengajaran

Pengalaman ini memang memberi satu pengajaran yang amat mendalam bagi diri saya sendiri. I TAKE THING FOR GRANTED dan emak harus menangung penderitaan kesakitan akibat sikap “Tak apalah” saya. Saya berkongsi cerita ini dengan harapan mungkin dapat membantu orang lain. Kalau boleh, jangan biarkan ibu bapa anda terpaksa melalui apa yang mak saya lalui. Dan yang paling penting sekali, JANGAN BUAT KESILAPAN SEPERTI SAYA DAHULU. DON”T TAKE THING FOR GRANTED BY SAYING “TAK APA LAH”.

Ini adalah set supplemen sendi dan tulang Shaklee yang disyorkan bagi masalah berkaitan dengan sendi dan tulang. Hubungi saya jika anda ingin maklumat lanjut.

 
gambar daripada blog "Mummy" MommySahab
 
 
 
Nama :
June MRS
Shaklee ID :
1133928
Phone :
016-9098764 (Call, SMS, WhatsApp)
Email :
junemrs@gmail.com
Facebook :
Blog :


7 comments :

Terasa ikhlas Kak June berkongsi...

Hakikatnya ramai antara kita yang macam tu.

Bukan mak ayah je, dengan anak-anak pun sama.

Alaaa dah demam, hantar je ke klinik, bagi makan ubat.

Ntah berapa banyak ubat(dadah) dah kita bagi kat anak-anak kita kan...

Beringat sebelum kena ..... Sediakan payung sebelum hujan .... Kisah yang memberi pedoman kepada kita

wah kak june.. love to see ur wonderful blog. Love ur every entries. Keep on writing Kak June. I always be your fan.

Alhamdulillah..dapat juga kak June MRS tlg mak ya.. thanks for sharing.. Semoga saya dan ramai lagi di luar sana mula sedar akan ibu bapa mereka.

Biawak "tak apalah" memang sangat bahaya. Kadang-kadang kita take things for granted, tapi kita tak sedar pun kesilapan kita tu. terima kasih kak june atas perkongsian, sangat membuka mata dan hati saya yang kadang-kadang suka kata "tak apalah" kat diri sendirir ni :)

wahh kak june terbaiklah entry kak june ni. kalau boleh saya nak like tapi tak jmpe button like :)

June MRS dearie, i'm moved by this entry of yours.. kena batang hidung saya sendiri. Thank you! Mengingatkan saya untuk berbakti pada mak n bapa saya selama hayat masih dikandung badan. semoga Allah sentiasa memberkati mu n fmly amiiiinnn