KEJAYAAN itu bukanlah kunci KEBAHAGIAAN.
KEBAHAGIAAN
itu adalah kunci KEJAYAAN.
Jika kita SUKA apa yang kita BUAT,
INSYALLAH, kita akan BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.

Seminar LUA dan NLP yang sangat mengujakan...

LUA dan NLP adalah salah satu teknik yang sangat berkesan untuk menarik rezeki.

Seminar Online dan Offline Marketing Genius..

Seminar yang memberi pengetahuan mengenai pemasaran secara 'online' dan 'offline'.

Produk Shaklee

Produk Shaklee memang amat sangat sesuai untuk semua golongan dan seisi keluarga.

Sunday, October 12, 2014

Tak apa lah...sakit pinggang aje....

Assalamualaikum,

Salam sejahtera semuanya. Dah dekat seminggu tak post apa-apa ni..tak boleh jadi…kena post jugak.

Sebenarnya banyak perkara yang ingin saya postkan dalam blog ini tetapi satu isu ini memang saya perlu sangat sentuh kerana ianya memang dekat sangat dengan hati saya dan saya sendiri rasa amat bersalah sekali…

“Tak apa lah”….

Ini adalah perkataan yang selalu jugak keluar dari mulut saya terutamanya jika saya hendak mencari alasan tetapi tak jumpa, jadi cakap ajelah “Tak apa lah”. Kekadang tu kita rasa selamat lepas cakap macam tu pasal kita ingat macam ‘case-closed’ so tak payah nak cakap apa-apa lagi.

Tetapi kita hanya menyedapkan hati sendiri tanpa menyedari sikap “Tak apa lah” ini mendatangkan akibat yang mungkin amat besar kepada orang lain. Kita ‘take things for granted’ apabila kita cakap “Tak apa lah”.

“Tak apa lah, mak sakit pinggang aje..”

Apa yang hendak saya ceritakan di sini adalah pengalaman diri sendiri yang ingin saya kongsikan dengan orang lain dengan harapan ianya dapat menafaat kepada orang lain.

Emak saya mula menghadapi penyakit sakit pinggang dalam empat tahun lepas. Dia selalu mengadu yang pinggang dia sakit dan mintak tolong sapu minyak urut dan tolong urutkan pinggang dia. Saya selalunya hanya ikut aje apa yang dia hendak tanpa banyak bersoal-jawab.

Emak ada pergi berjumpa dengan doktor mengenai sakit ini hampir setiap dua bulan sekali. Selalunya saya hanya hantar dia ke kelinik dan dia sendiri akan pergi jumpa doktor sementara saya tunggu di luar bilik doktor sahaja.

“Tak apa lah”, bukan sakit apa pun..sakit pinggang aje..doktor bagi ubat tahan sakit, then okay lah tu. Itu adalah pemikiran saya pada masa itu. Saya ‘take things for granted’ atas kesakitan emak saya sendiri. Saya tidak ada lakukan ikhtiar lain untuk menyelesaikan penyakit sakit pinggang emak. 


Punca sakit pinggang emak

Apabila saya bertanya kepada doktor apa yang menyebabkan sakit pinggang emak, jawapan yang diterima adalah

1) faktor usia dan disk antara tulang dah haus

2) berat badan emak yang perlu dikurangkan kerana tulang tidak kuat lagi menampung berat badan

3) mungkin semasa emak muda banyak melakukan kerja berat-berat

Rawatan

Bertahun emak menderita sakit pinggang dan sakit hanya boleh dikurangkan dengan mengambil pil tahan sakit atau kekadang tu kena pergi kelinik untuk inject dengan steriod untuk tahan sakit. Saya masih lagi dengan sikap “Tak apa lah”, sakit pinggang aje. “Tak apa lah” doktor mesti tau apa yang dia orang buat dan dah bagi ubat yang terbaik untuk mak.  Apa nama ubat-ubat yang doktor beri untuk sakit pinggang mak pun saya tak tahu namanya..teruk betul anak dia ni….


Mak operate pinggang

Dua tahun lepas, doktor nasihat emak buat operation untuk menyelesaikan masalah sakit pinggang emak. Emak tidak ada pilihan lain walaupun cuak jugak dia nak operate. Doktor masukkan satu set besi untuk memegang tulang belakang emak supaya ianya tidak bergesel kerana disk sudah haus.

Dekat dua bulan jugak mak hanya baring dan duduk sahaja selepas operation. Masa ini saya rasa kesian sangat dekat emak kerana terpaksa melalui pembedahan dan selepas itu beberapa sesi physioterapi untuk membolehkan dia berjalan semula.

Alhamdulillah, selepas beberapa bulan operate, emak dah boleh berjalan dan pinggang dia tidak sakit lagi sehinggalah hari ini.

Sesalan tiada berguna

Semasa emak saya melalui proses sakit pinggang, saya tidak ada langsung mengambil initiatif untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit sakit pinggang dia. “Tak apalah, sakit pinggang aje”. Tak ada initiatif untuk cari rawatan alternatif untuk beliau. “Tak apalah, doktor dah beri rawatan yang terbaik”. Biawak “Tak apalah” dalam diri memang bermaharajalela waktu itu.

Yang paling sadis sekali adalah, saya TAHU Shaklee ada set supplemen untuk orang yang mengalami sakit pinggang iaitu Advance Joint Health Tablet (AJHT), OmegaGuard dan OsteMatrix, TETAPI, hati saya tidak terbuka untuk memberikan supplemen ini kepada emak saya.

“Kamu sayang emak kamu tak”.
“Sayang”.
“Habis tu kenapa tak belikan dia set supplemen Shaklee tu”.

“Kamu tahu yang supplemen Shaklee tu bagus untuk penyakit pinggang emak kamu kan dan dah banyak testimoni pasal ini”.
“Tahu”.
“Habis tu kenapa tak beri, apa yang ditunggu lagi”.


Lidah jadi kelu, tak boleh nak jawap….sampai saat ini pun saya masih tidak boleh menjawap soalan KENAPA ini….

Pengajaran

Pengalaman ini memang memberi satu pengajaran yang amat mendalam bagi diri saya sendiri. I TAKE THING FOR GRANTED dan emak harus menangung penderitaan kesakitan akibat sikap “Tak apalah” saya. Saya berkongsi cerita ini dengan harapan mungkin dapat membantu orang lain. Kalau boleh, jangan biarkan ibu bapa anda terpaksa melalui apa yang mak saya lalui. Dan yang paling penting sekali, JANGAN BUAT KESILAPAN SEPERTI SAYA DAHULU. DON”T TAKE THING FOR GRANTED BY SAYING “TAK APA LAH”.

Ini adalah set supplemen sendi dan tulang Shaklee yang disyorkan bagi masalah berkaitan dengan sendi dan tulang. Hubungi saya jika anda ingin maklumat lanjut.

 
gambar daripada blog "Mummy" MommySahab
 
 
 
Nama :
June MRS
Shaklee ID :
1133928
Phone :
016-9098764 (Call, SMS, WhatsApp)
Email :
junemrs@gmail.com
Facebook :
Blog :


Tuesday, October 7, 2014

Pesanan Al-Habib Ali Jufri Sebagai Peringatan


Assalamualaikum,

بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
 
"Apa jua masalah yang berlaku pada diri kita, maka lihatlah pada dalam diri kamu. Kerana di situlah punca kepada setiap permasalahan yang berlaku di luar. Lihatlah hati kamu, dan selidikilah ia, adakah ia bermasalah atau sebaliknya."




Habib menyebut firman Allah: "Dan berjayalah bagi mereka yang mensucikan diri. Dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya."

Sekiranya kita mengetahui apa hikmah yang terkandung dalam setiap kebaikan, maka kita akan berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan tersebut.

Orang yang mensucikan diri mereka, kemudian menambahkan nilai kesucian tersebut dengan menyumbang dan memberi manfaat kepada orang lain, maka orang itulah manusia yang dikehendaki oleh Allah.
 
Kenalilah dirimu, nescaya akan kenal dirimu kepada Allah.
 
Dengan mengenal diri sendiri, kita kenal kita adalah kerdil dan Allah Maha Besar. Kita akan kenal kita adalah fakir hina dan Allah maha Kaya lagi maha Mulia.

Mengenal diri sendiri akan menghilangkan rasa ujub, riya', bangga diri dalam hati, membuang keakuan pada diri.

Tanamkan rasa mahabbah juga boleh dilatih dengan mengenal nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita selama ini. Nikmat yang dikurniakan boleh sahaja dicabut bila-bila masa disebabkan banyaknya maksiat yang kita lakukan.

Namun, maha pengasih Allah terhadap hamba-Nya, ditangguhkan balasan tesebut bagi memberi ruang untuk kembali bertaubat. Maka, syukurilah dan hayatilah setiap nikmat yang dikurniakan kepada kita.

Alhamdulillah....wasallam.

Saturday, October 4, 2014

Berbisnes Dari Hati Ke Hati


 
Assalamualaikum, hari ini saya hendak kongsikan ilmu yang amat berguna sekali bagi diri saya sendiri untuk menjalankan Business Shaklee Online ini. Ilmu ini saya dapat daripada Dr Azizan dan upline2 saya di bawah Empayar Maria Firdaus. Semoga kita sama-sama mendapat pengajarannya.

Ramai usahawan atau orang yang buat bisnes berjaya kerana mereka buat bisnes dari hati.
Mereka tak perlu menjual pun.
Mereka hanya buat marketing.
Orang yang cari mereka.
Bukan mereka yang cari orang.
Masa saya mula-mula dengar Master Firdaus dok bercakap pasal ini, I didn't get it...tak lekat kat otak…Tapi Alhamdulillah, sekarang saya sudah memahaminya sepenuh hati dan Insyallah, inilah yang saya cuba lakukan sekarang. Dulu tak faham apa maksud buat bisnes dari hati. Sekarang bila dah faham, baru rasa senang buat busines.

Kita buat bisnes bukan sebab kita nak kaya.
Kita buat bisnes sebab nak bantu diri sendiri dan bantu orang lain, nak permudahkan hidup orang lain, nak selesaikan masalah orang lain.
Bila kita mampu buat semua ini, kita tidak perlu risau, Insyallah, kita terpaksa menjadi kaya.


Ini adalah kata-kata yang memang terpahat di hati pelajar2 Dr Azizan dan menjadi matra yang akan disebut setiap hari. Memang betul, kalau kita bisnes sebab nak kaya, kita akan menjadi susah. Apasal pulak? Sebab kita 'push' untuk menjual dan menyebabkan orang confirm akan lari dari kita. Orang akan benci tengok muka kita, dorang meluat tengok posting kita di Facebook, tak nak pun bukak blog kita. Jadi, apa pun barang yang kita nak jual, orang tak akan suka.

 
Bila kita buat bisnes dari hati bagi pendapat saya adalah bukan fikirkan apa yang boleh dapat dari orang lain tapi kita kena fikirkan apa yang kita boleh bagi pada orang lain. Apa sahaja yang kita bagi, apa saja yang kita kongsi dengan orang lain, Insyallah, Allah akan gandakan dan Allah akan bagi balik kepada kita. Ini yang Dr Azizan, upline2 di Empayar Maria Firdaus ajar saya dan inilah keuntungan sebenar dalam bisnes yang kita buat dari hati.

 
Dalam setiap bisnes yang kita ceburi, pastinya kita tidak akan sunyi dari CABARAN. Kekadang cabaran2 inilah yang akan menaikkan bisnes kita dan kekadang ianya akan menjatuhkan bisnes kita. Tetapi jika kita buat bisnes dari hati, kita akan enjoy walaupun ada cabarannya. Segala cabaran itu tidak akan memberi apa-apa kesan kepada kita. Kita akan sentiasa yakin Allah sentiasa bakal membantu kita ketika kita dalam kesulitan. Yang paling penting bila kita buat bisnes dari hati ini adalah, kita rasa sesuatu kenikmatan yang mana hati kita akan rasa tenang dan kita akan sentiasa bersyukur atas segala anugerah dan rahmat yang Allah beri kepada kita. Kita akan rasa sentiasa bersemangat yang berkobar-kobar untuk berkongsi perkara-perkara yang memberi menafaat kepada orang lain.

Syukur Alhamdulillah, Allah berikan saya sedikit ilmu ini untuk berkongsi dengan yang lain.


 
 
 
Nama :
June MRS
Shaklee ID :
1133928
Phone :
016-9098764 (Call, SMS, WhatsApp)
Email :
junemrs@gmail.com
Facebook :
Blog :

Bagaimana Menjadi Ahli Shaklee?

Di dalam entry ini saya kongsikan sedikit panduan bagi mereka yang ingin menjadi Ahli Shaklee dan juga kebaikan-kebaikan yang mereka dapat setelah menjadi Ahli Shaklee 

PENDAFTARAN AHLI SHAKLEE

Untuk menjadi Ahli Shaklee adalah mudah.

Setiap ahli yang telah mendaftar akan mendapat satu set Business Kit Shaklee yang mengandungi catalog, product guide dan business manual. Pendaftaran ahli boleh menggunakan id saya iaitu Shaklee ID 1133928 sebagai SPONSOR.


Yuran keahlian hanya perlu di bayar SEKALI SEUMUR HIDUP. Tak payah renew every year. Boleh pakai seumur hidup.

Terdapat 2 pilihan untuk menjadi ahli.

1) Hubungi saya  016-9098764 (Call, SMS, WhatsApp) atau email ke
junemrs@gmail.com untuk mendaftar. Kemudian membuat pembayaran Yuran Pendaftaran sebanyak RM65 dan kos penghantaran RM10 kepada saya. Saya akan mendaftarkan anda secara online.

2) Membuat pembelian produk Shaklee berjumlah RM650 (200 point UV) dalam 1 resit dan mendapat KEAHLIAN PERCUMA (bernilai RM65) dan juga CASH BONUS (bernilai RM30+) di mana anda mendapat penjimatan sebanyak RM100.


Jadi lepas daftar, anda boleh beli produk, guna produk, kumpul points dan bila dapat certain points dalam sebulan, anda akan mendapat CASH BONUS. Inilah yang best dengan Shaklee pasal makan sendiri je pun dah boleh dapat bonus. Bonus ni bolehlah cover harga produk yang anda makan setiap hari, memang menjimatkan sangat-sangat.


Jika anda cuma nak makan sendiri, jadi tak payah nak maintain points bulanan atau minimum belian. Anda cuma gunakan produk, dan share dengan kawan-kawan atau saudara-mare aje pasal produk Shaklee. Kalau mereka berminat, boleh beli dengan ID anda. Anda boleh beli pada harga yang murah iaitu 25% lebih murah daripada harga retail.

Tapi jika anda berminat untuk memulakan Business Shaklee Online  dan ingin mendapat CASH BONUS lagi banyak, hubungi saya di 016-9098764 (Call, SMS, WhatsApp) atau email ke junemrs@gmail.com. Saya akan terangkan apa itu business Shaklee.

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

1) Anda boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli iaitu DISKAUN 25% daripada harga retail.

2) Anda akan mendapat CASH BONUS hasil pembelian atau jualan setiap bulan iaitu dalam 5% - 21%.

3) Anda mendapat peluang untuk menjalankan BUSINESS SHAKLEE secara online dan offline dengan bantuan MENTOR di dalam Group Maria Firdaus Millionaires in Shaklee (MFMS) dan juga kumpulan besar Group Jutawan Shaklee.

4) Anda akan dimasukkan ke dalam SPECIAL GROUP MFMS di Facebook, Telegram dan Whatsapp. Di dalam group ini, anda akan


  • Didedahkan dengan rahsia bagaimana menjalankan Business Shaklee Online

  • Dapat membaca testimoni-testimoni Rahsia Kejayaan Presidential Master dan ramai Master Coordinator yang sudah berjaya dalam Business Shaklee Online

  • Diberikan bantuan khidmat nasihat bagi memulakan Business Shaklee Online berserta maklumat dan tip-tip bagi menaikkan perniagaan.

  • Diberikan bantuan khidmat nasihat bagi mengenalpasti masalah kesihatan, apa keperluannya dan apa penyelesaiannya

  • Dikelilingi dengan mereka yang sudah berjaya dan mereka ingin anda berjaya dan Insyallah anda akan pasti berjaya.


Jika anda ingin mendapat supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga, hubungi saya.

Jika anda ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya melalui Internet online, hubungi saya.

 


Nama :
June MRS
Shaklee ID :
1133928
Phone :
016-9098764 (Call, SMS, WhatsApp)
Email :
junemrs@gmail.com
Facebook :
Blog :

Friday, October 3, 2014

Kenapa Saya Mahu Buat Business Shaklee


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, saya sudah menjalankan business sendiri hampir  16 tahun dan sekarang nak buat business Shaklee...MLM pulak tu. Apa sebabnya? Business sekarang tak boleh buat duit lagi ke? Dah boring dengan business sekarang ke?

Business Sekarang

Sebenarnya, alhamdulillah, Allah telah memberi saya rezeki dalam business sekarang ini. Saya yakin, Allah akan memberi saya rezeki lebih lagi, Insyallah. Business sekarang ini memang passion saya dan saya suka apa yang saya buat. TETAPI, business saya sekarang ini hanya melibatkan kumpulan pelanggan yang agak terhad untuk saya kongsi apa yang saya tahu.  Selalunya, pelanggan akan ada masalah dan saya akan selesaikan masalah mereka. Selalunya hubungan saya dengan pelanggan adalah lebih kepada professional service dan ianya tidak melibatkan hubungan yang lebih erat atau personal. 

Seperti yang Dr. Azizan Osman selalu tekan..

"Kongsi apa yang kamu tahu, kalau kamu tidak kongsi, kamu berdosa" 

"Lagi banyak kamu kongsi, lagi banyak rezeki kamu masuk"

"THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU WILL GET"

Mengajar pulak...
 
Jadi apa yang saya tahu macamana nak kongsi...itulah persoalan yang bermain difikiran.  Salah satu jalan yang saya nampak adalah mengajar. Itu adalah salah satu sebab mengapa saya menjadi Tutor di Open University Malaysia (OUM). Tugas sebagai Tutor ini saya lakukan secara part-time dan ianya  tidak menganggu kerja-kerja business saya. Jadi, alhamdulillah, sudah tiga tahun saya mengajar di OUM. Ianya adalah satu pengalaman yang amat saya hargai. TETAPI, mengajar di OUM tidak melibatkan ramai pelajar untuk setiap semester. Jadi apa yang saya perlu lakukan lagi untuk kongsi apa yang saya tahu..

Kongsi...kongsi...kongsi.....

Konsep kongsi yang selama ini saya fikirkan adalah, kongsi apa yang kamu tahu. Jadi saya fikir, saya tahu ilmu membangunkan aplikasi (software development), jadi saya hanya perlu kongsi ilmu ini sahaja. Tetapi saya silap…….

Itu dulu, sekarang tidak lagi...sekarang saya sudah di 'brain-wash'kan oleh upline2 di Shaklee bahawa kita boleh kongsi apa sahaja….apa yang kamu tahu, apa yang kamu buat dan apa yang kamu rasa...semuanya boleh memberi menafaat kepada orang lain tetapi niat kita kongsi kena jelas...bukan untuk tunjuk pandai, baik, atau bagus. Tetapi niat kita hendaklah kerana Allah-taala dan sebagai salah satu cara untuk memberi sedekah, iaitu sedekah ilmu, Insyallah.

Jadi saya pilih Shaklee kerana itulah konsep yang dibawa oleh Shaklee...SHARE WITH OTHER PEOPLE….Shaklee memfokuskan ke arah memperbaiki tahap kesihatan para pengguna produknya.  Ia memberi peluang kepada saya untuk membantu ramai orang dari segi kesihatan dan kewangan. Shaklee menyarankan kita kongsi pengalaman kita dalam membantu diri sendiri dan orang lain.
 
 

Memberi...Memberi...Memberi....

Saya bertindak untuk membuat business Shaklee kerana saya hendak belajar untuk MEMBERI...MEMBERI...MEMBERI… dengan BERKONGSI apa yang saya tahu dengan semua orang samada keluarga, saudara-mara, rakan2 yang dikenali atau tidak dikenali.
"Dengan MEMBERI tidak akan mengurangi harta kita dan MEMBERI adalah RAHSIA KEJAYAAN yang terbesar untuk MEMBUKA REZEKI kita tanpa batas"

 
 
Konsep MEMBERI tidak hanya boleh dilakukan dalam bentuk wang atau sedekah sahaja. Banyak cara lain yang boleh kita lakukan untuk membantu orang lain. Kenapa kita harus MEMBERI? Memberi dapat memberikan perubahan positif kepada orang yang kita bantu dan yang lebih penting lagi kepada diri kita sendiri. Memberi boleh menafaatkan emosi, physikal dan kewangan kita. Kita dapat melihat potensi diri sendiri sepenuhnya dan sudah tentunya kita akan mendapat KEKAYAAN DAN KEBAHAGIAN dalam membantu orang lain.

 "Orang yang paling dicintai oleh Allah 'Azza wa jalla adalah yang paling banyak MEMBERI MANAFAAT kepada orang lain. Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah KESENANGAN yang diberikan kepada sesama Muslim, menghilangkan kesusahannya, membayarkan hutangnya, atau menghilangkan rasa laparnya." (Diriwayatkan oleh Ibnu-Abid-Dun-ya dengan Sanad Hasan).


Tetapi selalu saya cuba mengingatkan diri sendiri iaitu, sebelum mula membantu orang lain, saya harus terlebih dahulu membantu diri saya sendiri. Ini yang sering saya dan orang lain lupa lakukan. Jadi saya harus kenali apa masalah yang terjadi pada diri sendiri dan kena perlu tekad untuk mengubah kebiasaan-kebiasaan buruk kepada yang LUAR BIASA BAIK, Insyallah.

Jika anda ingin turut sama bersama saya memberi dan berkongsi dengan orang lain melalui business Shaklee,  hubungi saya.

 
 
 
Nama :
June MRS
Shaklee ID :
1133928
Phone :
016-9098764 (Call, SMS, WhatsApp)
Email :
junemrs@gmail.com
Facebook :
Blog :

Shaklee...jodoh kita memang kuat....


Assalamualaikum,

Tahun pertama perkenalan

Shaklee iaitu Vita-lea, Vitamin C dan Vitamin E. Alhamdulillah, setakat ini saya belum lagi mengidapi apa-apa
Saya telah berkenalan dengan Shaklee sejak daripada tahun 2000. Pada masa itu, rasanya Shaklee Malaysia telah bertapak di Malaysia lebih kurang 5 tahun. Saya dikenalkan dengan produk Shaklee oleh salah seorang trainer di gymnasium yang selalu saya kunjungi.  Pada masa tu saya memang tengah kemaruk habis ber'exercise'. Setiap hari mesti pergi gym. Setiap hari mesti attend kelas aerobik..semua kelas masuk..samada kelas menari ke, yoga ke, atau stepboard ke...semua pegi. Kalau hari minggu pulak, main squash, berenang atau guna peralatan gym untuk 'strength exercise'. Jadi  trainer di gym suggest saya start ambil produk yang ada protein supaya boleh improve muscles. Jadi sejak hari itu, bermulalah episod hidup saya bersama Shaklee. Saya join Shaklee di bawah seorang 'upline' yang dikenalkan oleh trainer tersebut. Jadi saya start consume Energizing Soy Protein (ESP), Vita-lea, Vitamin-C dan Vitamin-E. Produk Shaklee yang lain macam Alfafa, Garlic, Ginger, B-Complex dan Zinc memang saya ada ambil juga tapi tidaklah konsisten sangat dan selalunya saya akan beli bila Shaklee ada buat offer.  Apa rasa lepas ambil produk Shaklee? Alhamdulillah, masa tu memang saya rasa badan saya sangat sihat. Jarang kena demam, bila exercise pun banyak tenaga..itu yang sampai kekadang satu hari join 3 kelas aerobik!!!
 
Tahun ketiga kita bersama
 
Pada tahun 2002, saya telah mengandung dan melahirkan anak saya yang bongsu. Pada masa tu, saya masih lagi consume Shaklee. Semasa mengandung memang rasa best sangat pasal tak rasa letih, morning sickness tak ada langsung, perut pun tak besar sangat pasal berat badan tak banyak sangat naik. Masaalah lain yang berkaitan dengan kehamilan hampir langsung saya tidak alami. Pada masa itu, saya masih lagi exercise di gym sehingga kandungan 6 bulan. Selepas tu saya cuma buat exercise yang ringan2 saja atau pun berenang. Semasa menyusukan anak pun saya masih lagi ambil Shaklee dan alhamdulillah, saya tidak ada masalah untuk menyusukan anak.
 
Sehingga kini kita besama
 
Setelah bertahun-tahun, memang kesan ambil supplemen Shaklee memberikan kesan yang amat mendalam kepada diri saya sendiri. Sehingga hari ini, saya masih lagi menggambil supplemen Shaklee bagi mengelakkan penyakit keturunan yang memang saya sangat takuti iaitu kencing manis, darah tinggi dan jantung. Sememangnya, kedua-dua ibubapa dan juga mentua saya mengalami salah satu penyakit ini dan ibu saya sendiri telah mengalami ketiga-tiga penyakit ini hampir 20 tahun...memang menakutkan. Kalau boleh saya tidak mahu meneruskan generasi penyakit ke dalam diri sendiri dan kepada anak2 saya.

Insyallah, kita tetap akan bersama-sama selamanya..

Selama hampir 14 tahun saya ambil produk Shaklee, tetapi saya hanyalah menjadi pengguna 'tegar' sahaja tanpa ada rasa untuk menjalankan perniagaan Shaklee. Ini disebabkan oleh saya sendiri memang menjalankan perniagaan sendiri dan tidak terfikir untuk menjalankan perniagaan Shaklee. Jadi sekarang ni kenapa saya berubah fikiran? Jawapannya, insyallah saya akan kongsikan dalam entry2 yang akan datang. Blog ini saya adakan bagi mencatat perjalanan saya menjalankan perniagaan Shaklee supaya kebaikannya dapat dikongsikan bersama-sama dengan orang lain yang mungkin juga ingin melakukan perniagaan Shaklee, Insyallah.
 
 
 
Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau pun perniagaan Shaklee secara online, sila hubungi saya. Insyallah, saya akan bantu anda sebaik mungkin.

Nama :
June MRS
Shaklee ID :
1133928
Phone :
016-9098764 (Call, SMS, WhatsApp)
Email :
junemrs@gmail.com
Facebook :
Blog :